Geografi Blog – Group B

Just another k1b09yshung-ppc.blogs.smjk.edu.my blog

 

MENGENAL KUSUS IKLIM DAN CUACA

  

MENGENAL KURSUS IKLIM DAN CUACABumi yang berbentuk sfera dan berputar mengelilingi matahari menerima jumlah bahangan matahari yang berbeza-beza mengikut ruang (tempat) dan masa (musim). Bumi juga berputar di atas paksinya pada sudut-sudut berbeza-beza mengikut musim dan hal ini juga menyebabkan wujudnya banyak ketidakseimbangan, baik daripada segi taburan tenaga, haba, suhu, tekanan, lembapan, jisim, udara dan lain-lain. Dengan tambahnya suatu lapisan atmosfera yang bersifat dinamik, maka tambahnya juga ketidakseimbangan tersebut. Oleh itu, sistem bumi-atmosfera merupakan suatu sistem bergabung amat kompleks yang berinteraksi dengan matahari dan berbagai sistem planet yang lain. Sistem bumi-atmosfera yang kompleks akan menghasilkan sistem-sistem cuaca dan iklim yang kompleks juga.    Sebenarnya, cuaca dan iklim, termasuk segala fenomena yang terkandung dalamnya merupakan agen-agen yang cuba mengurangkan ketidakseimbangan tersebut. Pada dasarnya, iklim dan cuaca mempunyai interaksi rapat dengan fenomena-fenomena fizikal yang lain dalam sistem bumi-atmosfera. Kedua-duanya juga mempengaruhi hampir segala aktiviti manusia. Justeru itu, kaji iklim dan cuaca merupakan suatu bidang khusus yang mengkaji tentang interaksi di antara permukaan bumi, atmosfera dan tenaga matahari, dan juga tentang kesan-kesan akibat interaksi tersebut. Di dalam dunia moden, interaksi di antara manusia dengan unsur-unsur iklim yang menjadi semakin penting juga dikaji. Cuaca dan iklim, serta alam udara dalam mana fenomena-fenomena cuaca dan iklim berlaku, merupakan sebahagian besar alam asli yang boleh dikatakan meliputi segala bahagian dan segala peristiwa zon pertemuan bumi dengan atmosfera.  Udara adalah salah satu daripada unsur-unsur utama yang menjaminkan stabiliti, keadaan mantap, dan pengekalan alam asli pada keseluruhannya.  Hal ini berlaku melalui berbagai-bagai bentuk aliran, kitaran, pertalian, dan perhubungan yang wujud terhadap tenaga, lembapan dan bahan-bahan asas lain.

Justeru itu, sebagai ahli Ilmu Alam kita haruslah mengerti sifat dan keadaan alam udara agar unsur-unsurnya yang berfaedah (ataupun unsur-unsur membina) kepada alam asli, dan manusia sendiri, dapat digunakan secara optima dan kesan-kesan buruk akibat daripada unsur-unsur negatif (ataupun yang membinasa) dapat dikurangkan dan, kalau boleh dielakkan samasekali.  Dengan adanya suatu pandangan yang sihat tentang alam udara baru kita dapat melangkah ke arah suatu kehidupan yang berharmoni dengan persekitaran kita, di mana penyalahgunaannya yang membawa kepada pencemaran dan “sakit-sakit” alam asli yang lain di dalam alam sekitar dan sumber alam dapat dikurangkan. JW

Filed under : Uncategorized
By k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my
On September 10, 2009
At 9:47 pm
Comments :1
 

1 Comment for this post

 
k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my Says:

TRY HARDER…ADD MORE PICTURE…

 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.